PEMAKLUMAN PENANGGUHAN PELAKSANAAN KADAR HARGA PELEKAT DAN PAS PEMANDU GRAB/UBER/GRAB TEKSI

Pengumuman Daripada
: Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Pemakluman Penangguhan Pelaksanaan Kadar Harga Pelekat dan Pas Pemandu GRAB/UBER/GRAB TEKSI
Pegawai Dihubungi
: INSP/PB Rakam Singh A/L Karam Singh Samb. 5144
: Puan Marliana John Samb. 1783
 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah akan mula mendaftarkan pemandu Grab/Uber/Grab Teksi  yang beroperasi di dalam kampus ini.
 
Walaubagaimanapun, pihak kami membuat penangguhan berhubung kadar harga pada pelekat dan pas pemandu Grab/Uber/Grab Teksi ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
 
Sehubungan itu, semua pemandu adalah dipohon agar sentiasa mematuhi prosedur keluar dan masuk di dalam kampus dengan mendaftar di pintu masuk.
 
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.