PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN “UNDERSTANDING OF THE IMPACTS OF HYDROMETEOROLOGICAL HAZARDS IN MALAYSIA”

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI(PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI: URUS SETIA PENYELIDIKAN, SAMB; 613826/613808/613802
SUBJEK:  PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN “UNDERSTANDING OF THE IMPACTS OF HYDROMETEOROLOGICAL HAZARDS IN MALAYSIA”

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Geran Penyelidikan “Understanding of the Impacts of Hydrometeorological Hazards in Malaysia” menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Natural Environment Research Council (NERC), United Kingdom (UK) telah dibuka.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan tersebut menerusi “Research Councils’ Joint Electronic Submission System (Je-S)” di laman https://je-s.rcuk.ac.uk/JeS2WebLoginSite/Login.aspx sebelum 4 Disember 2017 (Isnin), jam 4.00 petang.
 
Setelah permohonan dilengkapkan di dalam Je-S, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan semula permohonan tersebut (versi Bahasa Inggeris) menerusi  “Malaysia Greater Research Network System” (MyGRANTS) dalam tempoh dua (2) minggu selepas full bid closing date (21 Februari 2018, jam 4.00 petang) untuk tujuan pentadbiran.
 
Disertakan bersama ialah garis panduan dan borang yang berkaitan untuk perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Untuk maklumat lanjut, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan bolehlah melayari laman http://www.nerc.ac.uk/research/funded/programmes/hazards-seasia/news/ao/.
 
Segala jasa baik dan perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.