IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Pengumuman Daripada
: Bahagian Pentadbiran & Governan, Jabatan Pendaftar
Subjek
: Iklan Kekosongan Jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
 
SEMUA STAF AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) mempelawa staf akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut di atas, dengan mengemukakan:
a)Surat permohonan;  
b)Ringkasan Curriculum Vitae (CV) seperti di Lampiran A;
c)Key Performance  Indicators (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM;
d)Sekeping gambar terkini berukuran pasport;
e)Dokumen-dokumen sokongan; dan
f)Sokongan Ketua Jabatan.
 
3.       Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 November 2017 (Isnin). Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.