MAKLUMAN IKLAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA, PROGRAM DAYCARE DAN TRANSIT, PUSAT MINDA LESTARI (PML) BAGI SESI KEMASUKAN JANUARI 2018

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT MINDA LESTARI
SUBJEK: MAKLUMAN IKLAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA, PROGRAM DAYCARE DAN TRANSIT, PUSAT MINDA LESTARI (PML) BAGI SESI KEMASUKAN JANUARI 2018
 
SEMUA KAKITANGAN
UNIVERSITI MALASYIA SABAH
 
Tuan/Puan,
 
MAKLUMAN IKLAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA, PROGRAM DAYCARE DAN TRANSIT, PUSAT MINDA LESTARI (PML) BAGI SESI KEMASUKAN JANUARI 2018
 
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa PML mempelawa kakitangan Universiti Malaysia Sabah yang berminat untuk menghantar anak-anak mengikuti program-program yang ditawarkan seperti berikut;
 
Bil.
Program
Untuk peringkat Umur
Bilangan Kekosongan
Catatan
1.
Taska
3 bulan (bawah umur 1 Tahun)
12
Penempatan kanak-kanak sedia ada adalah tidak terjamin. Semua ibu bapa/penjaga wajib mengemukan permohonan baharu.
1 Tahun
12
2 Tahun
20
3 Tahun
40
2.
Tadika
4 Tahun
36
Pengisian akan ditapis daripada permohonan kanak-kanak dari program taska (umur 3 tahun sebelum ini).
5 Tahun
2
Kekosongan amat terhad kerana pengisian adalah secara tawaran terus kepada murid-murid sedia ada yang sebelum ini berumur 4 dan 5 tahun.
6 Tahun
1
3.
Daycare
4 Tahun
21
Kekosongan amat terhad kerana pengisian adalah secara tawaran terus kepada murid-murid sedia ada.
5 Tahun
0
6 Tahun
1
4.
Transit
7 Tahun
6
 
8 Tahun
4
 
9 Tahun
5
 
 
2.       Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Am, Pusat Minda Lestari mulai 17 November 2017 (Jumaat) pada masa pejabat. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 November 2017 (Jumaat), jam 4.00 petang. Sila maklum bahawa borang yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 320000 sambungan 5103.
 
Sekian dan terima kasih.
 
 
         
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.