IKLAN JAWATAN KETUA PEGAWAI OPERASI DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

PENGUMUMAN DARIPADA: PENDAFTAR UMS
SUBJEK: IKLAN JAWATAN KETUA PEGAWAI OPERASI DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
 
SEMUA STAF
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
IKLAN JAWATAN KETUA PEGAWAI OPERASI DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa staf yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut di atas, dengan mengemukakan:
 
  1. Permohonan melalui Ketua Jabatan;  
  2. Curriculum Vitae (CV) terkini (Gambar, alamat surat, nombor telefon, latar belakang pendidikan, pengalam kerja dalam jawatan pentadbiran, menamakan dua (2) individu sebagai rujukan dan maklumat lain yang berkaitan);
  3. Salinan sijil akademik yang disahkan;
  4. Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun terkini; dan
  5. Mengisi borang Key Performance Indicators (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi.
 
3.     Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2017 (Khamis). Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.