KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SIRI 2/2017 ANJURAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK: KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SIRI 2/2017 ANJURAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UMS akan mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Siri 2/2017 sempena Sambutan Maulidur Peringkat UMS 2017/1439H pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
Tarikh                        : 3hb Disember 2017 (Ahad)
Masa                          : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat                      : Masjid UMS
Yuran Penyertaan    : Kakitangan UMS - RM10.00
  Pelajar UMS - Percuma
  Orang Awam - RM15.00
 
Penyertaan ini adalah terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar UMS serta orang awam. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari, adalah dipohon untuk menghebahkan perkara ini bagi menggalakan penyertaan. Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang penyertaan,dan tentatif kursus untuk tindakan pihak YBhg. Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari selanjutnya.
 
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Ustazah Norisah Taljid di talian H/P : 013-8306744 Pej. :088-320000-samb-2734 atau Ustazah Salinah Ramlee di talian H/P : 019-8421030 Pej. :088-32000-samb. 2730 atau Ustaz Nazrie Petir di talian H/P : 014-8660654 Pej. :088-32000-samb. 2747.
 
Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari, berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Sekian.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.