Program Outreach Talungan, Telipok

Pengumuman Daripada: Fakulti Psikologi & Pendidikan                                         
Subjek: Program Outreach Talungan, Telipok

Program Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan guru Sk. Talungan, Telipok akan menganjurkan program Outreach Talungan, Telipok yang akan dilaksanakan 1 hingaa 3 December 2017 bertempat di SK. Talungan, Telipok.

Program ini merupakan salah satu program yang bersifat akademik untuk membantu murid di pedalaman Telipok agar terdedah dengan maklumat Pendidikan yang penting bagi pembangunan masyarakat yang Holistik dan Signifikan dengan gagasan kerajaan Malaysia. Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan khidmat sosial dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi melalui pengajaran mengikut modul yang bersesuaian kepada murid di sekolah rendah untuk mengukuhkan strategi pembelajaran mereka.

Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah menegenai betapa pentingnya pendidikan di kawasan pedalaman. Antara pengisisan program tersebut ialah modul pembelajaran untu Bahasa Inggeris dan Matematik serta bengkel memasak.

Di samping itu, program ini turut melibatkan komuniti setempat bagi mengeratkan hubungan silahturahim. Melalui program ini mahasiswa dan mahasiswi dapat berkolaboratif dengan masyarakat setempat tanpa mengira agama dan bangsa.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.