MAKLUMAN PENGGUNAAN SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN (I-CLAIM V2) DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Pengumuman Daripada
: Jabatan Bendahari
Subjek
: Penggunaan Sistem Tuntutan Perjalanan (I-Claim V2) Di Universiti Malaysia Sabah
 
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Bendahari dengan kerjasama pihak Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi UMS telah menaik taraf Sistem I-Claim kepada versi 2.0. Penambahbaikan dalam versi 2.0 mengambil kira pengurusan lean dalam proses tuntutan perjalanan seperti berikut:
 
a)
Pengurangan proses 3 peringkat iaitu penyedia, penyemak dan pelulus kepada 2 peringkat iaitu penyedia/penyemak dan pelulus akan mempercepatkan proses tuntutan peringkat PTJ.
b)
Rekod buku atas talian bagi vot 21000 di mana transaksi direkod secara automatik dalam buku vot setelah diluluskan dalam sistem i-Claim V2. Tanggungan bajet bermula daripada peringkat kelulusan aktiviti agar PTJ dapat memantau prestasi peruntukan pada setiap masa.
c)
Permohonan berkumpulan bagi aktiviti yang sama bagi mengurangkan proses berulang-ulang dalam permohonan aktiviti oleh pemohon-pemohon serta semakan dan kelulusan aktiviti peringkat PTJ.
d)
Integrasi kepada Sistem e-attendance bagi aktiviti keluar pejabat yang telah diluluskan dalam sistem i-Claim V2. Kakitangan tidak perlu kemaskini dalam sistem e-attendance sekali lagi.
e)
Permohonan menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas di sesuatu tempat boleh dimohon dan diluluskan dalam sistem i-Claim V2.
 
Sistem i-Claim V2 telah digunapakai secara pilot sejak Januari 2017 oleh beberapa PTJ di UMS manakala sesi Kursus Sistem i-Claim V2 bagi kakitangan pentadbiran PTJ telah diadakan pada 20 dan 26 Oktober 2017. Proses migration telah dilaksanakan pada 1hb sehingga 4hb Disember 2017. Sehubungan dengan ini, semua tuntutan perjalanan bagi pegawai UMS akan menggunakan Sistem i-Claim V2 bermula 5 Disember 2017.
 
Sistem i-Claim V2 boleh diakses melalui pautan http://bendahari.ums.edu.my/aplikasi/ dengan menggunakan login ID serta katalaluan yang sama seperti HROnline. Sesi klinik secara berjadual akan diadakan di peringkat Zon-Zon Operasi Kewangan bagi membantu kakitangan bagi menggunapakai Sistem i-Claim V2. Video Manual Pengguna juga disediakan dalam Sistem i-Claim V2 sebagai rujukan.
 
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah berhubung melalui :
a)
emel di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., atau
b)
telefon (waktu pejabat) di talian 088-320000 samb. 1449 -Pn Hannah Chan
 
Sekian terima kasih.
 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.