JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI “NATIONAL INNOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION 2018” (iCompEx’18) – PERINGKAT KEBANGSAAN

Pengumuman Daripada: Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Subjek: Jemputan Untuk Menyertai “NATIONAL INNOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION 2018” (iCompEx’18) – Peringkat Kebangsaan
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Dimaklumkan bahawa Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Kementerian Pendidikan Tinggi akan menganjurkan pertandingan National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2018” (iCompEx’18) peringkat kebangsaan pada 20 hingga 22 Mac 2018, bertempat di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah.
 
Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar. Bersama ini dilampirkan surat jemputan dan brosur daripada pihak penganjur untuk makluman serta rujukan lanjut di pihak  YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Borang dan syarat penyertaan pertandingan boleh dimuat turun melalui laman sesawang iCompEx’18 iaitu www.icompex.gov.my. Pengesahan penyertaan juga hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman web berkenaan selewat-lewatnya pada 6 Februari 2018.
 
Turut dimaklumkan, segala perbelanjaan bagi menyertai pertandingan tersebut adalah dibawah tanggungan masing-masing. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan pihak urusetia penganjur iaitu Pn. Habshah binti Abu Bakar di talian 012-4329721/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Sekian, terima kasih.
 
Brosur (.pdf)
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.