PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) FASA 1/2018

PENGUMUMAN DARIPADA:     PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI:      URUSE SETIA PENYELIDIKAN, (samb.) 613820/613808/613802 untuk Geran LRGS, TRGS & FRGS dan Urus Setia Inovasi (samb.) 613815/613806/613803 untuk Geran PRGS sahaja
SUBJEK:      PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) FASA 1/2018

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Fasa 1/2018 telah dibuka.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan masing-masing melalui portal MyGRANTS, iaitu http://mygrants.gov.my. Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengambil perhatian ke atas tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:
 
Bil.
Jenis Geran Penyelidikan
*Tempoh Pengisian Permohonan dalam MyGRANTS
Tempoh Penilaian Permohonan oleh Panel Penilai Dalaman
Tempoh Semakan dan Perakuan oleh PPI
Tempoh Penghantaran Permohonan kepada KPT
  1.  
Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang
(LRGS)
15 Januari –
14 Februari 2018
 
15 Februari – 9 Mac 2018
10 – 15 Mac 2018
15 Mac 2018
  1.  
Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari
(TRGS)
15 Januari –
28 Februari 2018
 
1 – 18 Mac 2018
19 – 30 Mac 2018
30 Mac 2018
  1.  
Skim Geran Penyelidikan Fundamental
(FRGS)
15 Januari –
23 Februari 2018
 
24 Februari –
31 Mac 2018
1 – 16 April 2018
16 April 2018
  1.  
Skim Geran Penyelidikan Prototaip
(PRGS)
15 Januari –
4 Februari 2018
 
5 – 20 Februari 2018
21 – 28 Februari 2018
28 Februari 2018
 
*Nota: Pengisian permohonan tersebut boleh diakses di dalam MyGRANTS sehingga jam 11.59 malam mengikut tempoh akhir geran penyelidikan yang berkenaan
 
Disertakan bersama ialah keempat-empat garis panduan geran penyelidikan yang disebut di atas (Pindaan 2018), bidang keutamaan Dana Penyelidikan KPT Fasa 1/2018 dan maklumat am pembukaan permohonan untuk makluman dan juga perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah diingatkan untuk memastikan ke semua permohonan dihantar mengikut tempoh masa dan telah memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan. Pihak PPI berhak menolak mana-mana permohonan sekiranya mana-mana syarat tidak dipatuhi.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan bolehlah menghubungi pihak Urus seperti yang berikut:
 
Jenis Geran Penyelidikan
Urus Setia
No. Telefon (samb.)
LRGS, TRGS & FRGS
Seksyen Penyelidikan, PPI
613820/613808/613802
PRGS
Seksyen Inovasi, PPI
613815/613806/613803
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.