MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG UMS 4WDVC KALI KE-2

PENGUMUMAN DARIPADA:  KELAB SUKARELAWAN PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH / UNIVERSITI MALAYSIA SABAH FOUR WHEEL DRIVE VOLUNTEER CLUB (UMS 4WDVC)
SUBJEK:  MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG UMS 4WDVC KALI KE-2

Y.Bhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah atau Universiti Malaysia Sabah Four Wheel Drive Volunteer Club (UMS 4WDVC) adalah kelab yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan no. pendaftaran PPM-067-12-20012016.  Selaras dengan Perlembagaan UMS 4WDVC, Fasal 7 perkara (3), Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung UMS 4WDVC Kali Ke-2 yang akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh   : 9 Februari 2018 (Jumaat)

Masa     : 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan     

Agenda Mesyuarat;

1.    Ucapan Aluan oleh Presiden UMS 4WDVC.

2.    Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung oleh Naib Canselor UMS.

3.    Pembentangan Laporan Aktiviti Kelab Tahun 2017 oleh Setiausaha.

4.    Pembentangan Laporan Kewangan Kelab Tahun 2017 oleh Bendahari (sehingga 31 Disember 2017).

5.    Pembubaran Jawatankuasa UMS 4WDVC Tahun 2016 / 2017.

6.    Pelantikan Pengerusi Sementara dan Pencatat Minit Sementara.

7.    Pengundian dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa UMS 4WDVC bagi Tahun 2018 / 2019.

8.    Membincangkan pelantikan Ketua Biro dan pelantikan Juruaudit.

9.    Membincangkan cadangan usul.

10.  Membincangkan hal-hal lain.

Sehubungan itu, semua ahli  UMS 4WDVC adalah dimohon hadir dalam mesyuarat berkenaan.  Bersama ini disertakan Kertas Penamaan Calon Ahli Jawatankuasa dan Kertas Cadangan Usul Mesyuarat Agung untuk tindakan Y.Bhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan.  Mohon maklumbalas Y.Bhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan bagi kedua kertas berkenaan sebelum 26 Januari 2018 melalui emel Setiausaha Kelab iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Kepada kakitangan UMS yang berminat menyertai kelab ini, Y.Bhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh mengisi borang permohonan keahlian yang disertakan bersama.  Maklumat syarat keahlian, yuran dan perlembagaan kelab juga turut disertakan sebagai rujukan.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.