PELAWAAN UNTUK PERMOHONAN COLLABORATIVE RESEARCH PROGRAMME (CRP) DI BAWAH INTERNATIONAL CENTRE FOR GENETIC ENGINEERING AND BIOTECHNOLOGY (ICGEB) RESEARCH GRANTS 2018

Pengumuman Daripada: Pusat Penyelidikan dan Inovasi
Subjek: Pelawaan Untuk Permohonan Collaborative Research Programme (CRP) di bawah International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB) Research Grants 2018
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan,
 
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia menerusi MOSTI telah menerima pelawaan daripada International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB) untuk permohonan Collaborative Research Programme (CRP) – ICGEB Research Grants 2018 yang telah pun dibuka.  Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan, fokus bidang penyelidikan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah dalam bidang berikut:

 

  1. Basic life sciences;
  2. Human Healthcare;
  3. Industrial & Agricultural Biotechnology; dan
  4. Bioenergy

 

3.            Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan juga, terdapat 2 kategori dana yang ditawarkan pada tahun ini iaitu Standard Research Grant dan juga Early Career Return Grants. Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat permohonan dan pembiayaan yang ditawarkan bolehlah dilayari melalui url laman sesawang berikut;http://www.icgeb.org/research-grants.html. Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan selanjutnya, maksimum 3 permohonan Standard Research Grant dan 2 permohonan Early Career Return Grant sahaja yang boleh diangkat oleh MOSTI kepada pihak ICGEB untuk pertimbangan peringkat pemilihan oleh pihak ICGEB.
       
4.            Berhubung perkara ini, sukacita dipanjangkan pelawaan ini kepada pegawai penyelidik di Kementerian/Jabatan/Agensi/ Institusi YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan yang berminat untuk memohon dana penyelidikan tersebut. Pegawai yang berminat hendaklah menghantar borang permohonan (di Lampiran) yang lengkap (dalam bentukPDF File) kepada MOSTI melalui emel kepada saya; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Puan Hafiza Hasan; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan turut disalinkan (cc) kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 30 April 2018 (Isnin).
 
5.            Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.