KENAAN GST KE ATAS PENYALURAN DANA/ SUMBANGAN BAGI AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Pengumuman Daripada: Unit Pengurusan Cukai dan GST, Jabatan Bendahari
Subjek: Kenaan GST Ke Atas Penyaluran Dana/ Sumbangan Bagi Aktiviti Yang Dijalankan Di Universiti Malaysia Sabah
 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.    Berdasarkan Pekeliling Bendahari Bil.3/2016 berkenaan Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah, secara amnya, GST tidak akan dikenakan ke atas dana ataupun sumbangan yang diterima.  Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat timbal balas (benefit in return) diberikan kepada pihak penyumbang, jumlah sumbangan yang diterima akan dikenakan GST secara inklusif dan jumlah hasil diterima adalah selepas tolak GST.  Antara contoh timbal balas yang dimaksudkan adalah seperti memasukkan nama penyumbang dalam buku aturcara, logo penyumbang diletakkan pada baju/gelas/banner/bunting, pihak UMS memberikan meja makan malam amal dan seumpamanya.
 
03.   Selain daripada itu, dalam keadaan tertentu di mana pihak UMS dikehendaki berbelanja terlebih dahulu dan kemudiannya perbelanjaan tersebut dituntut daripada pihak penyumbang, maka dana tersebut juga akan dikenakan GST.  Sebagai contoh, pihak UMS mengadakan program Universiti yang mana UMS berbelanja terlebih dahulu dan kemudiannya perbelanjaan dituntut daripada Kementerian/Jabatan/Syarikat, tuntutan dana tersebuthendaklah dikenakan GST dan tax invoice mesti dikeluarkan kepada pihak penyumbang melalui Jabatan Bendahari.
 
04.   Sekiranya pihak YBhg. Prof Datuk/ YBrs Prof/ Prof Madya Dr./ Dr/ Tuan/ Puan, mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Puan Azian Binti Mohd Harri di sambungan 1051 ataupun emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Kerjasama YBhg. Prof Datuk/ YBrs Prof/ Prof Madya Dr./ Dr/ Tuan/ Puan, berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Yang ikhlas,
Unit Pengurusan Cukai dan GST
Jabatan Bendahari
Universiti Malaysia Sabah
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.