PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : MAKLUMAN PERALIHAN KEPADA SISTEM MAKLUMAT BERSEPADU UNIVERSITI (SMBU)-PENTADBIRAN BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Sukacita dimaklumkan kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS), selaras dengan transformasi ke arah Universiti Industri 4.0, maka UMS sedang membangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU) yang merangkumi semua komponen pengurusan pentadbiran UMS. SMBU-Pentadbiran adalah merupakan salah satu kluster di dalam SMBU dan akan menggantikan Sistem HR-Online sedia ada di UMS. SMBU-Pentadbiran (Rekod Peribadi) dijangka akan mula digunapakai mulai 01 Mac 2018 yang merangkumi maklumat-maklumat berikut:-
- Biodata
- Alamat
- Pendidikan
- Bahasa
- Badan Profesional
- Anugerah
- Paspot
- Lesen
- Akaun
- Kecacatan
- Permit Kerja
- Pengalaman Kerja
- Sejarah Perubatan
- Keluarga
Modul selain yang dinyatakan di atas masih kekal digunakan di Sistem HR-Online seperti permohonan cuti, LNPT, IDP, Klinik Panel, CVOnline, Penyambungan Kontrak dan pelekat kenderaan.
Bagi tujuan peralihan data sistem sedia ada ke SMBU, pengemaskinian Rekod Peribadi akan disekat bermula pada 16 sehingga 28 Februari 2018.
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, bolehlah berhubung dengan kakitangan Unit ICT, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar:
Mohd Azwan Bin Alleh
Pegawai Teknologi Maklumat
No Tel: 088-320000 samb. 1720
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Mohamad Hamizi Bin Mahmood
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat
No Tel : 088-320000 samb. 1088
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Babbra George
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat
No Tel : 088-320000 samb. 1044
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian. Terima kasih