PERMOHONAN PROGRAM/PROJEK BAHARU ROLLING PLAN KEEMPAT ( 2019-2020 ) RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS ( RP4, RMKe-11)

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
SUBJEK: PERMOHONAN PROGRAM/PROJEK BAHARU ROLLING PLAN KEEMPAT ( 2019-2020 ) RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS ( RP4, RMKe-11)
 
Untuk makluman semua JFPIU,  permohonan program/projek baharu Rolling Plan Keempat ( 2019 - 2020 ) Rancangan Malaysia Kesebelas ( RP4, RMKe-11) akan dibuka untuk dikemukakan kepada Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi ( KPT ) pada bulan Mac ini.
 
Sehubungan itu,  semua JFPIU dikehendaki mengemukakan permohonan program/projek baharu RP4, RMKe-11 kepada Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan ( JPP ) sebelum 22 Februari 2018 ( Khamis ) petang.  Bagi JFPIU yang pernah memohon di dalam Rolling Plan Ketiga ( RP 3 ) yang tidak diluluskan, perlu mengemukakan  semula permohonan jika masih diperlukan.
 
Permohonan program/projek yang terlibat hendaklah disediakan mengikut Garis Panduan RMKe-11 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri ( UPE, JPM). Seterusnya permohonan tersebut hendaklah dikemukakan dalam bentuk softcopy (MS Excel seperti format di lampiran ).
 
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dengan Urus Setia Pembangunan JPP, En. Mohd Ridzuan Hj Ahmad Ibrahim di sambungan 8806/1234 ( H.P : 013-8562804).
 
Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.