SOAL SELIDIK TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK MENINGKATKAN PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT E-PEMBELAJARAN, UMS

SUBJEK: SOAL SELIDIK TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI UNTUK MENINGKATKAN PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 
YBhg. Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melaksanakan Dasar e-Pembelajaran Negara 2.0 untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memperkasakan amalan e-Pembelajaran di kalangan pelajar dan pensyarah.
 
Universiti Malaysia Sabah sedang dalam usaha untuk menilai kesediaan kakitangan akademik untuk menjadi pengamal e-Pembelajaran. Satu soalselidik telah diwujudkan bagi tujuan ini.  Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama  YBhg. Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan untuk memaklumkan kepada semua kakitangan akademik  untuk mengisi soalselidik tersebut dengan klik pautan ini : https://www.surveymonkey.com/r/2J69FZB
 
Semua kakitangan akademik DIWAJIBKAN untuk melengkapkan soalselidik tersebut selewat-lewatnya pada 2 Mac 2018.  Soalselidik ini bertujuan untuk menilai tahap dan kesediaan kakitangan akademik dalam penggunaan teknologi bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar di UMS.  Maklumbalas tersebut juga akan digunakan dalam beberapa siri bengkel yang akan diadakan untuk  mengemaskini garis panduan e-Pembelajaran di UMS.
 
Sokongan dan perhatian daripada YBhg. Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan mengenai perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.
 
Yang Ikhlas,
PROF. DR. RASID MAIL
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
b.p  Naib Canselor

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.