PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RUELLS

PENGUMUMAN DARIPADA: UNIT PENYELIDIKAN BAHASA ETNIK DAN LINGUISTIK SABAH/RESEARCH UNIT FOR ETHNIC LANGUAGES & LINGUISTICS OF SABAH (RUELLS)
SUBJEK: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RUELLS
 
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO UNIT PENYELIDIKAN BAHASA ETNIK DAN LINGUISTIK SABAH/ RESEARCH UNIT FOR ETHNIC LANGUAGES & LINGUISTICS OF SABAH (RUELLS)
1. PENYERTAAN
  1. Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar pra- dan pasca- siswazah, dan staf UMS.
  2. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan bersama Borang Penyertaan (boleh difotostat).
  3. Objektif utama pertandingan adalah untuk mencipta logo bagi RUELLS.
 
2. SPESIFIKASI REKABENTUK LOGO
  1. Logo mestilah asli, jelas serta menepati imej dan berkaitan dengan tema RUELLS
 
3. METODOLOGI PENILAIAN TEMA
  1. Semua penyertaan akan dinilai mengikuti kriteria berikut:
 
KRITERIA MARKAH PENUH (%)
Bil.
Kriteria
Markah Penuh (%)
1.
Kreativiti
40
2.
Keaslian       
30
3.
Ketepatan kepada RUELLS
20
4.
Keterangan mengenai logo
10
Jumlah Keseluruhan
100
 
 4. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
 Isnin, 5 MAC 2018 (05:00 petang).
 
5. KEPUTUSAN PANEL PENILAI

a. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Jawatankuasa Panel  Penilai.

b. Sebarang rayuan atas keputusan Jawatankuasa Panel tidak akan dilayan. Logo yang terpilih akan digunapakai dan menjadi hak milik RUELLS.

 
6. HADIAH
  1. Hadiah berbentuk Wang Tunai berjumlah Ringgit Malaysia Seratus Sahaja (RM100.00).
  2. Hanya seorang pemenang pertandingan akan dipilih.
  3. Semua pernyertaan akan diberi sijil penghargaan.
 
7. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
  1. Penyertaan dalam pertandingan ini adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar lebih   daripada satu ciptaan logo.
  2. Semua ciptaan logo hendaklah asli.
  3. Logo boleh dicipta dengan menggunakan lukisan tangan atau grafik berkomputer mengikut standard JPEG, PNG dan PDF.
  4. Borang penyertaan yang telah lengkap diisi (Nama, No Kad Pengenalan dan tandatangan)  hendaklah disertakan bersama hasil ciptaan masing-masing dalam bentuk ‘softcopy’.
  5. Setiap ciptaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk softcopy diemelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  6. Tarikh tutup penyertaan : Isnin, 5 MAC 2018 (05:00 petang).
  7. Keputusan jawatankuasa penilai adalah muktamad.  
 
8. SPESIFIKASI REKA BENTUK:
  1. Reka Bentuk Logo hendaklah asli.
  2. Tiada maksimum bilangan penggunaan warna.
  3. Tulisan boleh dimasukkan dalam logo tetapi hendaklah ringkas dan mudah dibaca.
  4. Saiz rekaan adalah A4.
  5. Reka Bentuk Logo yang dihasilkan perlu menarik, jelas, mudah dan juga kemas.
 
enlightenedTUJUAN PENUBUHAN UNIT PENYELIDIKAN
Penubuhan Unit Penyelidikan Bahasa Etnik dan Linguistik Sabah (Research Unit for Ethnic Languages and Linguistics of Sabah – RUELLS ) ini dikemukakan sebagai justifikasi kepada kesesuaian, kepentingan dan kerelevanan Unit berkenaan ditubuhkan dalam rangka naungan Universiti Malaysia Sabah (UMS). RUELLS akan berfungsi sebagai unit penyelidikan yang berfokus kepada kajian, pengdokumentasian dan pembinaan depositori maklumat (database) mengenai pelbagai bahasa yang terdapat di negeri Sabah serta aspek linguistik setiap bahasa tersebut. Ini termasuklah cabang sosiolinguistik, dialektologi, psikolinguistik dan lain-lain. Negeri Sabah sememangnya dikenali di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada kepulauan Borneo dan kaya dengan diversiti bahasa serta budaya. Penubuhan RUELLS juga selari dengan tiga kata kunci yang didokong Universiti iaitu inovatif, relevan, dan lestari.
 
Selaras dengan usaha UMS untuk membangun, mengukuh serta memperkasakan kedudukan institusi ini sebagai satu pusat ilmu (knowledge centre), pusat rujukan (reference centre) dan pusat kepakaran serta rundingan (expertise and consultancy centre) yang unggul di Sabah mahupun di rantau Borneo dan Asia Tenggara, penubuhan RUELLS akan meletakkan UMS di tahap yang sama seperti institusi pengajian tinggi lain di dalam mahupun di negara luar yang sudah terkenal dengan kajian ke atas bahasa-bahasa masyarakat yang menetap di kepulauan Borneo. Dengan terdirinya RUELLS, UMS boleh meningkatkan visibiliti dan kemerdagangan institusi melalui penawaran pengajian di peringkat kajian sarjana dan doktor falsafah dalam berkaitan penyelidikan bahasa, pengkomersialan hasil-hasil kajian, serta perkongsian ilmu dan kepakaran dengan institusi-institusi linguistik terkemuka dunia seperti di Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Finland dan Kanada.     
 
enlightenedOBJEKTIF PENUBUHAN UNIT
  1. Untuk menjalankan penyelidikan berpusat dan berfokus dalam bidang bahasa dan aspek linguistik yang terdapat di Sabah;
  2. Untuk mewujud dan mengembangkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam penyelidikan dan kajian bahasa dan linguistik Sabah serta kajian polisi dan pelaksanaan program;
  3. Untuk membina sebuah unit kecemerlangan dengan kepakaran dalam bidang bahasa dan linguistik yang diiktiraf di peringkat serantau dan antarabangsa khususnya dalam bidang tujahan kelestarian bahasa etnik serta lain-lain bahasa di Sabah;
  4. Untuk menawarkan perkhidmatan profesional dalam perancangan, pengurusan, pengendalian, penghasilan dan pengdokumentasian usaha melestari bahasa etnik serta lain-lain bahasa yang digunakan di Sabah;
  5. Untuk membina sebuah unit rujukan, kepakaran, dan perundingan yang mantap dalam bahasa etnik serta lain-lain bahasa yang digunakan di Sabah; dan
  6. Untuk menjadi sebuah unit rujukan dan memberikan input empirikal kepada material pengajaran dan pembelajaran bahasa etnik mahupun lain-lain bahasa di Sabah.
 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.