Pengumuman daripada: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi: Urus Setia Penyelidikan, samb; 613825/613808/613802
Subjek: Pembukaan untuk Permohonan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2018 Secara atas talian melalui Sistem Maklumat Penyelidikan
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2018 telahpun dibuka bermula pada 24 Februari 2018 sehingga 16 Mac 2018.
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan masing-masing melalui Sistem Maklumat Penyelidikan iaitu di http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/default.aspx.
Disertakan bersama ini Garis Panduan UMSGreat untuk rujukan dan perhatian pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pihak Urus Setia (u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor/Cik Ruzita Mohammad) bolehlah dihubungi di talian telefon (samb.) 613808/613825.
Sekian, terima kasih.