JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN CABARAN INOVASI INKLUSIF 2018 BAGI ZON SABAH

PENGUMUMAN DARIPADA :SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI

SUBJEK : JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN CABARAN INOVASI INKLUSIF 2018 BAGI ZON SABAH

 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) akan menganjurkan Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif (I²) 2016 di Zon Sabah setelah mendapat maklumbalas positif dan impak yang baik dalam penganjurannya pada tahun 2017.
 
Untuk makluman YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai idea kreatif dan inovatif yang mampu menyelesaikan masalah secara inklusif samada dari aspek kepenggunaan, kesihatan, produktiviti dan pendidikan yang sering dihadapi oleh komuniti di kawasan berkenaan.
 
Sehubungan itu, pihak YIM berbesar hati untuk menjemput mereka yang berkelayakan bagi menyertai pertandingan ini yang akan berlangsung mengikut butiran seperti berikut:
 
Tarikh tutup pertandingan       : 12 Mac 2018 ( Isnin)
Tarikh pertandingan                : 20 Mac 2018 (Selasa)
Masa                                        : 9.00 pagi-4.00 petang
Tempat                                    : Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN), Wisma SEDIA Kota Kinabalu Sabah
 
Penyertaan boleh didaftar melalui aplikasi innomap diwww.cabaraninovasi2018.innomap.my. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini, boleh terus berhubung dengan Sekretariat YIM di talian 03-8996 1714.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
 
 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.