PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UMS
SUBJEK: PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
Seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah dijemput untuk menjayakan program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang akan diadakan pada 24 April 2018 (Selasa) pada jam 9:00 pagi. Program ini turut berjalan serentak di JFPIU masing-masing.
Pelbagai aktiviti akan diadakan di Perpustakaan UMS antaranya adalah Forum Kesihatan bertajuk Imunisasi dan Vaksin bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia 2018. Mata SDP dan IDP diberikan kepada mereka yang hadir. Datanglah beramai-ramai.
