PELANCARAN GERAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD) DAN UJILARI DESKTOP INFRASTRUCTURE (VDI)

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK: PELANCARAN GERAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD) DAN UJILARI VIRTUAL DESKTOP INFRASTRUCTURE (VDI)
 
Sukacita dimaklumkan, bahawa JTMK mengadakan pendekatan amalan membenarkan staf menggunakan komputer sendiri, telefon pintar, atau peranti lain untuk tujuan kerja termasuk pembelajaran dan pengajaran, bagi mencapai beberapa objektif iaitu:
 
    i.      Mengurangkan kebergantungan kepada UMS bagi menyediakan fasiliti/peranti.
    ii.    Mengurangkan naik taraf/penyediaan peranti berkapasiti tinggi bagi menggunakan perisian berprestasi tinggi sama ada fasiliti disediakan oleh UMS atau milik pengguna.
    iii.    Meningkatkan aksesibiliti kepada perisian milik UMS di luar waktu operasi pejabat
 
Dengan itu, inisiatif geran BYOD dan VDI akan direalisasikan. Bagi menyempurnakan inisiatif tersebut, JTMK akan mengadakan taklimat Geran Bring Your Own Device (BYOD) dan ujilari fasiliti VDI. Adalah dimaklumkan Geran Byod ini merupakan satu skim pembiayaan komputer kepada yang berjawatan Tetap dengan gred 41 dan keatas. Manakala infrastruktur desktop maya (Virtual desktop infrastructure -VDI) adalah teknologi virtualisasi yang menjadi host sistem operasi desktop pada pelayan terpusat di pusat data. VDI adalah variasi pada model pengkomputeran  klien-pelanggan, kadangkala disebut sebagai pengkomputer berasaskan pelayan. Dengan ini, pihak JTMK menjemput Y.Brs. Prof. Madya Dr/Prof/Dr/Tuan/Puan bagi bersama-sama memeriahkan program ini seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh: 22 Mei 2018 (Selasa)
  • Masa: 2.00 Petang
  • Tempat: Megalab, Perpustakaan