PENGUMUMAN DARIPADA: PERSATUAN STAF AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PSAUMS)
SUBJEK: MESYUARAT AGUNG PSAUMS
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN STAF AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PSAUMS)
Kepada:
Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik
Dengan ini diumumkan bahawa Mesyuarat Agung Kedua Persatuan Staf Akademik UMS akan diadakan pada 6hb Jun 2018 bersamaan hari Rabu, jam 8:30 pagi bertempat di Mini Auditorium Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS. Untuk menyertai mesyuarat, Yg.Bhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik perlu mempunyai keahlian yang aktif atau mendaftar keahlian Persatuan.
Bersama-sama ini disertakan borang keahlian, agenda mesyuarat, borang cadangan usul untuk tindakan Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik selanjutnya. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik dipohon untuk memberikan maklumbalas sebelum atau pada 29 Mei 2018 (SELASA) melalui email Setiausaha Agung Persatuan di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Pautan borang usul boleh diperolehi melalui: https://docs.google. com/forms/d/e/ 1FAIpQLScucXEe9po_pDYRnxgQq6Q6 CzFgI-3fZNXdc55z6mdQe6y_aw/ viewform?usp=sf_link
Kehadiran dan kerjasama Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik dalam menjayakan Mesyuarat ini amat kami hargai.
Agenda Mesyuarat:
- Ucapan Pengerusi
- Ucapan Presiden PSAUMS
- Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung
- Perkara-perkara Berbangkit
- Pembentangan laporan Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat
- Pembubaran Jawatankuasa Eksekutif PSAUMS Sesi 2016-2018
- Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Sesi 2018-2020.
- Ucapan Presiden Baharu
- Pembentangan dan Perbahasan Usul
- Penangguhan Mesyuarat.
Sekian dimaklumkan.