GANGGUAN PERKHIDMATAN RANGKAIAN INTERNET UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek: Gangguan Perkhidmatan Rangkaian Internet Universiti Malaysia Sabah
 
Dimaklumkan bahawa kawasan yang dinyatakan di bawah akan mengalami gangguan perkhidmatan rangkaian disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan oleh pihak Telekom Berhad.
 
Gangguan akan bermula pada 10 Julai 2018 jam 00:00 dan dijangkakan selesai pada 10 Julai 2018 jam 06:00. Berikut adalah kawasan yang terlibat : 
 
  • Kampus Antarabangsa Labuan
  • Kampus Cawangan Sandakan, FPL
  • Kolej Kediaman Usia 1 Borneo
  • Kolej Kediaman Sri Angkasa
  • Kolej Kediaman Kingfisher
  • Kolej Kediaman Taman Mutiara, Labuan.
  • Blok Klinikal QEH
  • Pusat Rawatan Desa Sikuati Kudat