PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN KESELAMATAN
SUBJEK: SOAL SELIDIK: TAHAP KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN BAHAGIAN/JABATAN KESELAMATAN UNIVERSITI AWAM
PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI:
1. INSP/PB RAKAM SINGH A/L KARAM SINGH – 5144
2. INSP/PB MASSALINRI BIN MOHD. TAHIR – 1786
3. SM/PB YUZRI BIN JANIN - 5139
YBhg. Prof. Datuk Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan,
1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengarah Keselamatan Universiti Awam (JPKUA) sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan keselamatan yang disediakan oleh Universiti Awam.
2. Sehubungan itu, dengan penuh takzim, dijemput seluruh warga Universiti Malaysia Sabah untuk menilai perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Keselamatan UMS dalam usaha memastikan perkhidmatan keselamatan yang terbaik diberikan kepada warga universiti.
3. Pihak YBhg. Prof. Datuk Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan boleh mengisi borang soal selidik yang dibuka sehingga 31 Julai 2018 dengan melayari pautan berikut:
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. Datuk Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, Harap Maklum.