IKLAN DALAMAN KENAIKAN PANGKAT (AKADEMIK)

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR, UMS
SUBJEK: IKLAN DALAMAN KENAIKAN PANGKAT (AKADEMIK)
 
Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan sukacitanya mempelawa kakitangan akademik yang berkelayakan, dinamik, kreatif dan inovatif untuk mengisi jawatan kenaikan pangkat seperti berikut:
 
  1. PROFESOR MADYA (GRED DS54)
 
KELAYAKAN UMUM KENAIKAN PANGKAT
  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Mencapai tahap prestasi (LNPT) yang ditetapkan iaitu memperolehi purata sekurang-kurangnya 80% dan ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (tidak termasuk tempoh cuti belajar);
  3. Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
  4. Berjawatan tetap;
  5. Bebas dari tindakan tatatertib.
 
SYARAT KHUSUS
Syarat Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor Madya Gred DS54
                                                                                               
(i)         Memenuhi syarat di perenggan (A) di atas;
(ii)        Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 Tahun sebagai Pensyarah Kanan Gred DS 51/52  (tidak termasuk tempoh cuti belajar selepas dilantik ke Pensyarah Kanan);
(iii)       Membuktikan tahap prestasi yang cemerlang dalam dua kriteria utama seperti di bawah mengikut skop masing-masing, khususnya selepas kenaikan pangkat ke jawatan terdahulu.
 
(a) Pencapaian Akademik
  • Pengajaran dan Penyeliaan;
  • Penyelidikan dan Penerbitan;
  • Persidangan
  • Sanjungan serta Perundingan; dan
  • Kepimpinan Akademik dan Perundingan
 
 
(b) Khidmat Masyarakat
 
Calon telah memberi sumbangan di luar tugas hakiki secara signifikan dalam pengurusan dan pembangunan UMS. Sumbangan yang signifikan merujuk kepada khidmat bakti yang banyak dan berterusan. Khidmat masyarakat di luar universiti juga diambilkira dalam kriteria ini.
 
 
(iv)       Mempunyai pengalaman berkaitan yang mendalam dalam bidang khusus berkenaan; dan
 
(v)        Mempunyai kualiti peribadi yang tinggi.
 
MALUMAT TAMBAHAN:
  1. Maklumat terperinci berhubung kriteria-kriteria kenaikan pangkat hendaklah dirujuk pada Garis Panduan Kenaikan Pangkat Kakitangan Akademik Universiti Malaysia Sabah (Edisi Kedua) yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) Bil.7/2013 (Kali Ke-162) dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali Ke-55.
  2. Permohonan melalui talian https://hronline.ums.edu.my (Permohonan Kenaikan Pangkat) boleh dibuat bermula pada 22 Oktober 2018  (Khamis). Sila gunakan ID pengguna dan kata laluan HR-Online untuk daftar masuk sistem ini.
  3. Mohon perhatian kepada semua kakitangan akademik yang ingin memohon agar menyemak dan mengemaskini data di dalam CV-Online sebelum menghantar permohonan untuk mengelakkan sebarang ketidaktepatan pada data.
 
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan urusetia kenaikan pangkat akademik seperti berikut:
  1. Urus Setia

Encik Razmi Awang Osman

Penolong Pendaftar

Nombor Sambungan: 1106

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

                                       
 
  1. Urus Setia

Puan Nurhanisah Binti Sinin

Pembantu Tadbir (P/O)

Nombor Sambungan: 1507

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 
 
  1. Sistem CV Online:

Encik Mohd Azwan Bin Alleh

Pegawai Teknologi Maklumat

Nombor Sambungan: 1720

emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 
 
  1. Sistem SMPPI:

Cik Rozaidah Binti Mohd Yusop

Pegawai Teknologi Maklumat Kanan

Nombor Sambungan: 613011

emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 November 2018 (Jumaat)
“BERTEKAD CEMERLANG”