PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)
SUBJEK: PELAWAAN PENCALONAN SELAKU PANEL PENILAI UNTUK DANA PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (DPKPM) BAGI LANTIKAN TAHUN 2019
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/ Puan,
Sekiranya berminat, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/ Puan adalah dipelawa untuk memohon pencalonan selaku Panel Penilai untuk Dana Penyelidikan Fundamental Kementerian Pendidikan Malaysia (DPKPM) bagi lantikan tahun 2019 berdasarkan bidang kepakaran seperti di Lampiran A dan kriteria panel penilai seperti di Lampiran B.
Untuk maksud tersebut, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/ Puan adalah dipohon untuk mengemukakan maklumat penuh pencalonan (Lampiran C) dan Curriculum Vitae (CV) (Lampiran D) kepada pihak PPPI selewat-lewatnya pada 5 Disember 2018 (Rabu).
Sekian, terima kasih.