PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM, UMS
SUBJEK: JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN PERHIMPUNAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1440H/2018M PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/Cik
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan sambutan tersebut di atas pada ketetapan berikut:
Tarikh : 30 November 2018 (Jumaat)
Masa : 7.15 Pagi
Tempat : Dewan Canselor ke Masjid UMS
Sehubungan itu, bagi pihak jawatankuasa dengan sukacitanya menjemput YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik dan seluruh kakitangan dan pelajar di bawah seliaan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik ke Majlis tersebut. Bersama dengan ini disertakan atur cara majlis untuk rujukan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/Cik.
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik. dalam perkara ini terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Sekian