SLIP GAJI BULAN DISEMBER 2018 DAN BAYARAN KHAS TAHUN 2018

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN BENDAHARI  UMS
PEGAWAI DIHUBUNGI : SEKSYEN PERKHIDMATAN KAKITANGAN
SUBJEK : SLIP GAJI BULAN DISEMBER 2018  DAN BAYARAN KHAS TAHUN 2018
 
Y.Bhg Prof/ Datuk/ Datin/Dr/ Tuan/puan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan bahawa pembayaran gaji bulan Disember 2018 telah diproses secara pindahan bank dan dikreditkan ke akaun gaji seperti biasa. Namun, slip gaji bulan Disember 2018 masih belum dapat diakses melalui portal kakitangan buat sementara waktu disebabkan isu teknikal sistem.
 
Bayaran Khas Tahun 2018 telah diproses melalui penghantaran cek ke bank dan tertakluk kepada proses perbankan. Bayaran khas akan dikreditkan ke akaun gaji kakitangan secara berperingkat mulai 18 Disember 2018.
 
Pertanyaan lanjut berkaitan isu ini bolehlah berhubung melalui emel  di alamat: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
 
Terima kasih atas sokongan semua. Sekian.