Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Pelawaan Menghadiri Kursus Metodologi Penyelidikan Siri 1/2019
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftar akan mengadakan Kursus Metodologi Penyelidikan Siri 1/2019 pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 14 - 18 Januari 2019 (Isnin - Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Bilik Pembangunan Bakat, Aras 4, Blok Selatan, Bangunan Canselori
Sehubungan itu, kakitangan akademik yang bercadang melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana / PhD adalah dipelawa untuk menyertai kursus tersebut.
Untuk mendaftarkan diri, sila isikan borang seperti di pautan berikut: https://goo.gl/forms/ ANVCtkZyYuJFZGrh1 sebelum 9 Januari 2019 (Rabu).
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Puan Hayati Salleh Baihaki (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / sambungan: 1437) atau En. Adrian Amatus (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..m / sambungan: 1132).