MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN HUBERT CURIEN PARTNERSHIP – HIBISCUS (PHC-HIBISCUS) TAHUN 2019

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK : MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN HUBERT CURIEN PARTNERSHIP – HIBISCUS (PHC-HIBISCUS) TAHUN 2019
 
 
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
2.      Untuk makluman YBhg.Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Malaysia Partnerships and Alliances in Research (MyPAIR) merupakan inisiatif KPM dalam mengukuhkan penyelidikan Malaysia melalui kerjasama penyelidikan bersama industri dan antarabangsa. Kerjasama penyelidikan yang dilaksanakan di bawah MyPAIR merupakan pelaksanaan projek secara bersama dengan rakan kerja daripada sektor industri mahu pun antarabangsa. Kerjasama penyelidikan dicapai melalui perkongsian kepakaran, sumber, peralatan dan infrastruktur dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan.
 
3.      Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Ministry of Europe and Foreign Affairs (MEAE) dan Ministry of National Education, Higher Education and Research (MESRI) Perancis telah bersetuju untuk melaksanakan Hubert Curien Partnership – Hibiscus (PHC-Hibiscus) di bawah program MyPAIR. Permohonan PHC-Hibiscus Tahun 2019 akan dibuka mulai 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019 melalui Malaysia Greater Research Network Systems (MyGRANTS).
 
4.      Pihak universiti adalah dipohon untuk mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut:
 
4.1. Permohonan hendaklah dilaksanakan melalui MyGRANTS;
4.2. Permohonan perlu diisi dalam Bahasa Inggeris;
4.3. Penyelidik perlu memasukkan senarai penyelidik bersama dari Perancis dalam permohonan yang dikemukakan;
4.4. Syarat permohonan dan peraturan kewangan perlu dirujuk kepada Garis Panduan PHC-Hibiscus yang disertakan; dan
4.5. Permohonan perlu diperaku oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan dimajukan kepada urus setia melalui MyGRANTS sebelum atau pada15 Mac 2019 jam 11.59 malam (Jumaat).
 
5.      Bersama-sama ini dikemukakan garis panduan bagi permohonan PHC-Hibiscus Tahun 2019. Kerjasama dan perhatian YBhg.Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
 ---------------T.T-----------------
(PROF. DR. RAHA BINTI ABDUL RAHIM)
Pengarah
Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT
b.p. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
 
 
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:
1.) Puan Siti Fazlina Mohd Sani : 03-8870 6959
2.) Puan Nur Farahin Fazira Mohd Munim : 03-8870 6968
 
Unit Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya
No. Tel: 03-8870 6974/ 6975
No. Faks: 03-8870 6867