PELAN ANTIRASUAH NASIONAL 2019-2023

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN
SUBJEK : PELAN ANTIRASUAH NASIONAL 2019-2023
 
Salam sejahtera,
 
Dimaklumkan bahawa Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 telah dilancarkan pada 29 Januari 2019 yang lalu oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang menekankan aspek pemahaman mengenai rasuah dan pencegahan rasuah di negara ini. 
 
Sehubungan itu, penyaluran maklumat lanjut mengenai Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 melalui Jabatan Pendaftar boleh dicapai di Laman Web Jabatan Pendaftar dan setiap JFPIU adalah dimohon untuk menghebahkan kepada semua warga Universiti dan ianya WAJIB dihayati oleh semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah. Pautan adalah seperti berikut; http://www.ums.edu.my/pendaftar/v3/index.php/en/news-info/245-pelan-antirasuah-nasional-2019-2023.
 
Sekian, terima kasih.