PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: GARIS PANDUAN PENGGUNAAN LOGO JUBLI PERAK (25 TAHUN) UMS
YBhg. Prof./Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN GARIS PANDUAN PENGGUNAAN LOGO JUBLI PERAK (25 TAHUN) UMS
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Seperti dimaklumi, Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat melalui surat nombor rujukan UMS/PPSKK1.5.1/100-16/1/5 bertarikh 21 Disember 2018 telah memaklumkan berkenaan Garis Panduan Penggunaan Logo Jubli Perak (25 Tahun) UMS.
3. Sehubungan itu, Logo Jubli Perak UMS hendaklah digunakan dalam kepala surat rasmi serta semua bahan bercetak dan digital mengikut kesesuaian.
4. Bersama ini disertakan Garis Panduan Logo Jubli Perak (25 tahun) UMS dan Pekeliling Pendaftar Bil. 10 Tahun 2018 untuk rujukan pihak YBhg. Prof./Tuan/Puan selanjutnya.
Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Prof./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang ikhlas,
[Surat ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan]
ZAIDIE @ MOHD ZAIDIE BIN ADILAI
Ketua
Bahagian Pentadbiran dan Governan
No. Telefon : 088320000 Samb. 1034
Alamat E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Garis Panduan Pengunaan Logo (.pdf)
Contoh Surat (.pdf)