BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2019

Pengumuman daripada : Jabatan Bendahari UMS

Pegawai Dihubungi : Seksyen Perkhidmatan Kakitangan.

Perkara :  BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2019

 

Y.Brs. Dr/ Tuan/puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Bayaran Bantuan Khas Kewangan Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019 telah diproses melalui penghantaran cek ke bank dan tertakluk kepada proses perbankan. Bayaran khas akan dikreditkan ke akaun gaji kakitangan secara berperingkat mulai 24 Mei 2019.

Pertanyaan lanjut berkaitan bayaran ini bolehlah berhubung melalui emel  di alamat: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.ums.edu.my.

Terima kasih atas sokongan semua. Sekian.