PEMBUKAAN PERMOHONAN TUNTUTAN BAYARAN BALIK BELIAN KASUT PAKAIAN SERAGAM BAGI TAHUN 2019

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR

SUBJEK: PEMBUKAAN PERMOHONAN TUNTUTAN BAYARAN BALIK BELIAN KASUT PAKAIAN SERAGAM BAGI TAHUN 2019

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada pekara yang dinyatakan di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuntutan bayaran balik belian kasut pakaian seragam kini dibuka kepada kakitangan YBhg. Prof./ Dr./Tuan/Puan yang layak menerima kemudahan tersebut seperti mana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Kemudahan Pakaian Seragam Universiti Malaysia Sabah (Pindaan 2018). Permohonan tersebut boleh dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Pendaftar menerusi pautan http://www.ums.edu.my/pendaftar/v3/index.php/en/download/forms.

Sehubungan itu, tarikh akhir mengemukakan permohonan tuntutan adalah pada 1 November 2019 (Jumaat) dan permohonan tuntutan yang dikemukakan kepada pihak kami selepas tarikh tersebut tidak akan diproses. Justeru, mohon kiranya YBhg. Prof./Datuk/ Dr./Tuan/Puan memanjangkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan masing-masing.   

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.