PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK: JEMPUTAN MENYERTAI IPIEC GLOBAL 2019
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
IPIEC Global 2019 adalah satu pertandingan untuk mendaftarkan HARTA INTELEK di China. Ini merupakan tahun ke-tiga pertandingan ini dijalankan. Tahun ini pertandingan IPIEC Global dijalankan di 13 siri di peringkat saringan termasuk di Asean, UK, Australia, South.Korea, Hong Kong, Russia, Germany, Switzerland, Denmark, Norway, Finland dan US.
Beta Foundation sebagai duta ASEAN WTOIP dengan kerjasama Technology Park Malaysia (TPM), dengan ini ingin menjemput YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyertai pertandingan ini dengan menghantar projek dan idea berinovasi YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan yang berpotensi untuk memasuki pasaran China. Fokus untuk tahun ini adalah projek-projek daripada bidang AI, Big data, Biomedicine, Advanced Manufacturing, New Generation IT, IoT, New energy, Energy Saving and Environmental Protection, New Material dan New Agriculture.
Untuk makumat lanjut berkenaan dengan IPIEC Global 2019 sila layari laman sesawang http://beta-foundation.org/ipiec2019.Tarikh akhir penyertaan adalah pada 15 Ogos 2019.
Projek yang terpilih perlu hadir ke sesi ‘pitching’ pada 27 Ogos 2019 di acara IPIEC Global 2019 peringkat ASEAN yang akan diadakan di TPM. Pihak YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan juga dijemput untuk hadir ke acara IPIEC Global 2019 peringkat ASEAN.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan Puan Ty di talian 013-923 2308 / 03-7832 5858, atau e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, terima kasih.
IPIEC-ASEAN Chapter (.pdf)
BETA-2PAGER-V2 (.pdf)