[DANA KHAS] SATREPS: MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2020

PENGUMUMAN DARIPADA: PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)

SUBJEK: [DANA KHAS] SATREPS: MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2020

1. Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi (Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development – SATREPS) bagi tahun kewangan 2020. Program ini bertujuan untuk mewujudkan platform kerjasama antarabangsa di antara Jepun dan negara-negara membangun bagi menangani isu global dalam bidang tersebut.  

 

2. Maklumat am dan syarat bagi permohonan ini adalah seperti berikut:

 

a) Permohonan adalah dengan menggunakan borang sepertimana format Japan’s Technical Cooperation seperti di Lampiran A. Pemohon juga dipohon untuk melengkapkan dan mengemukakan MOE Cost Proforma seperti di Lampiran B. Cost Proforma ini merupakan perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPM;

 

b) Permohonan bagi projek penyelidikan ini adalah terhad kepada empat (4) bidang iaitu Environment and Energy, Bioresources, Disaster Prevention and Mitigation dan Infectious Diseases Control;

 

c) Kakitangan akademik (aktif) di Universiti Awam perlu mengenal pasti rakan kerjasama (counterpart) di Jepun. Rakan kerjasama Jepun juga perlu mengemukakan permohonan dalam bidang kerjasama yang sama kepada Japan Science and Technology Agency (JST) di bawah Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT) Jepun di Tokyo. Rakan kerjasama bagi cadangan penyelidikan dalam bidang Infectious Diseases Control perlu mengemukakan permohonan kepada Japan Agency for Medical Reseach and Development (AMED);

 

d) Tempoh projek di bawah Kerjasama Teknikal SATREPS adalah tiga (3) hingga lima (5) tahun;

 

e) Maklumat lanjut mengenai SATREPS (tempoh, peruntukan dan lain-lain maklumat berkaitan) boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang di alamat https://www.jica.go.jp/english/our_work/science/satreps.html;

 

f) Semua pemohon perlu membentangkan permohonan kepada Jawatankuasa Penilaian KPM. Sesi pembentangan permohonan dijadualkan pada 30 September 2019 (Isnin) sehingga 3 Oktober 2019 (Khamis). 

 

3. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke PPPI melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 22 September 2019.

  

Lampiran:  

Form A: https://tinyurl.com/satreps-formA

Form B: https://tinyurl.com/satreps-formB