Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi
Subjek: Pelawaan Untuk Mengemukakan Permohonan Dana Penyelidikan Di Bawah Skim Geran Acculturation (SGA) Tahun 2019
Assalamualaikum Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman Y.Brs. Prof./Dr./tuan/puan, sebagai salah satu strategi pelaksanaan bagi meningkatkan pencapaian Malaysia Research Assessment (MyRA) di peringkat universiti ialah meningkatkan bilangan staf akademik yang aktif menjadi Penyelidik Utama / Ketua Penyelidik (PI) dalam projek penyelidikan.
3. Sehubungan itu, pihak Y.Brs. Prof./Dr./tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dana penyelidikan di bawah Skim Geran Acculturation (SGA) menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (SMPPI) (https://ppi.ums.edu.my) seperti yang berikut:
Tempoh Pengisian Permohonan dalam SMPPI | Tempoh Penilaian Permohonan oleh Panel Penilai Dalaman | Tempoh Makluman Kelulusan Permohonan |
1 – 14 Oktober 2019
| 15 – 28 Oktober 2019 | 31 Oktober 2019 |
4. Untuk makluman Y.Brs. Prof./Dr./tuan/puan juga, berikut adalah kriteria-kriteria permohonan dana penyelidikan SGA yang perlu diambil perhatian:
a. Permohonan dibuka kepada semua staf akademik yang tidak mengetuai mana-mana geran penyelidikan;
b. Permohonan juga dibuka kepada semua staf akademik yang sedang mengetuai Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat);
c. Penyelidik hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja;
d. Staf akademik yang sedang mengambil cuti belajar tidak dibenarkan mengemukakan permohonan;
e. Kertas cadangan projek penyelidikan hendaklah disediakan berdasarkan Garis Panduan Geran Penyelidikan UMS (SGPUMS);
f. Bidang penyelidikan, jumlah peruntukan, tempoh penyelidikan dan jangkaan hasil penyelidikan hendaklah menepati syarat seperti dalam jadual berikut:
Bidang Penyelidikan | Siling Permohonan (RM) | Tempoh Penyelidikan | Jangkaan Hasil Penyelidikan |
Sains | 25,000.00 | Dua (2) tahun | Ø Menghasilkan satu (1) jurnal berindeks dalam SCOPUS atau WoS. Penghargaan kepada UMS hendaklah dinyatakan dalam setiap penghasilan penerbitan Ø Menghasilkan seorang pelajar pascasiswazah mod penyelidikan sepenuh masa |
Sains Sosial | 10,000.00 |
5. Pihak Y.Brs. Prof./Dr./tuan/puan adalah diingatkan untuk memastikan kesemua permohonan tersebut dihantar mengikut tempoh masa dan telah memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan. Pihak PPPI berhak menolak mana-mana permohonan sekiranya mana-mana syarat tidak dipatuhi.
Segala perhatian dan kerjasama daripada Y.Brs. Prof./Dr./tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.