Makluman Pendaftaran Kemasukan Murid/ Kanak-Kanak PML Sesi 2020

Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari
Subjek: Makluman Pendaftaran Kemasukan Murid/ Kanak-Kanak PML Sesi 2020

IBUBAPA
MURID-MURID/KANAK-KANAK
PUSAT MINDA LESTARI
UNIVERSITI MALASYIA SABAH

Dr./Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID/KANAK-KANAK BAGI PROGRAM DI PUSAT MINDA LESTARI BAGI SESI 2020

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sesi pendaftaran murid/kanak-kanak baharu bagi sesi 2020 akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 18 Disember 2019 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi- 12.30 Tengahari
Tempat : Dewan Pusat Minda Lestari

Dimaklumkan juga bahawa, kutipan yuran PIBG PML sebanyak RM25.00 akan dikutip semasa pendaftaran oleh wakil PIBG PML.

Bersama-sama ini dilampirkan kaedah pembayaran & Pekeliling Bendahari Bil.3 Tahun 2019 berkenaan Pelaksanaan Sepenuhnya Persekitaran Terimaan Tanpa Tunai (Cashless Enviroment) di Universiti Malaysia Sabah untuk rujukan Dr./tuan/puan selanjutnya.

Sekian dan terima kasih.

Pekeliling Bendahari Bil. 3 Tahun 2019 (.pdf)
Pelan Lantai Dewan PML untuk Pendaftaran 2020 (.pdf)