Pengisian Laporan Kemajuan Geran Penyelidikan UMS Bil. 1/2020 Bagi Tempoh Bulan JUN Hingga DISEMBER 2019 Di Dalam Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (SMPPPI)

Pengumuman daripada:  Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
Subjek:  Pengisian Laporan Kemajuan Geran Penyelidikan UMS Bil. 1/2020 Bagi Tempoh Bulan JUN Hingga DISEMBER 2019 Di Dalam Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (SMPPPI)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

  1. Kerjasama pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan selaku Ketua Penyelidik yang mengetuai geran-geran penyelidikan UMS adalah dipohon untuk mengemaskini laporan prestasi projek penyelidikan masing-masing menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (SMPPPI) (ppi.ums.edu.my) bermula pada 6 hingga 31 Januari 2020 bagi geran-geran penyelidikan seperti yang berikut:
    a. Skim Penyelidikan Bidang Keutamaan (SPBK);
    b. Skim Geran Inovasi (SGI);
    c. Skim Lantikan Pensyarah Baru (SPLB);
    d. Skim Penyelidikan Insentif PhD (SGPhD);
    e. Skim Dana Khas (SDK);
    f. Skim Dana Nic (SDN);
    g. Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat);
    h. Geran Kolaborasi Penyelidikan UMS dengan Institusi Luar (GKP);
    i. Geran Penyelidikan Pendidikan (GPP); dan
    j. Dana Penyelidikan Pascadoktoral (PRF).

Dilampirkan bersama ialah user manual untuk rujukan dan perhatian pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Sebarang isu/masalah teknikal sistem, bolehlah diemelkan terus kepada pihak pembangun sistem (u.p. Cik Rozaidah Mohd Yusop), Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih.

Surat Mohon Progress Report Penyelidikan (.pdf)