Pengemaskinian Maklumat Peribadi Kakitangan Di Dalam Sistem HRONLINE v4.0

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, UMS
Subjek: Pengemaskinian Maklumat Peribadi Kakitangan Di Dalam Sistem HRONLINE v4.0

YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar dalam proses pengemaskinian maklumat kakitangan untuk penyelarasan data semasa kakitangan UMS.

  1. Sehubungan itu, semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikehendaki untuk mengemaskini MAKLUMAT PERIBADIdi dalam sistem HROnline v4.0 selewat-lewatnya pada 15 Januari 2020 (Rabu). Sila klik pada pautan url https://registrar.ums.edu.my bagi mengemaskini maklumat ini dan rujuk panduan di bawah untuk langkah pengemaskinian:
  1. Untuk kakitangan berstatus TETAP, maklumat yang dikemaskini akan dianggap muktamad dan digunapakai dalam proses pengemaskinian maklumat kakitangan di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), JPA.

  1. Maklumat yang tidak dikemaskini akan memberi kesan kepada Kelayakan Perubatan, Proses Persaraan dan Penilaian Prestasi kakitangan.
  2. Sebarang pertanyaan berkenaan sistem HROnline v4.0 boleh menghubungi En. Jackly bin Mosuning (samb. 1452) / En. Mohd Azwan bin Alleh (samb. 1720)

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.