Pemakluman Pembukaan Permohonan Dana Penyelidikan Dan Pembangunan Mestecc, Kementerian Tenaga, Sains Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (Mestecc)

 Pengumuman Daripada        :     Seksyen Pengurusan Inovasi Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (Pppi)

 Subjek                                 :     Pemakluman Pembukaan Permohonan Dana Penyelidikan Dan Pembangunan Mestecc, Kementerian Tenaga, Sains Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (Mestecc)

 

YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

Dimaklumkan bahawa Kementerian Tenaga, Sains Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mempelawa semua IPT untuk mengemukakan permohonan dana Penyelidikan dan Pembangunan MESTECC secara atas talian melalui portal https://edana.mestecc.gov.my. Pembukaan permohonan dana ini adalah dengan empat (4) kitaran penilaian sepanjang tahun. Garis Panduan permohonan boleh di muat turun melalui portal berkenaan.

 

Berikut adalah tarikh-tarikh penting berkenaan pembukaan permohonan ini:

 

Perkara

Tarikh Akhir Penghantaran Permohonan Peringkat UMS

Tarikh Akhir Penghantaran Hardcopy Permohonan Kepada MESTECC

Proses Penilaian Peringkat MESTECC

Pemakluman Keputusan

Kitaran 1

 24 Januari

31 Januari

Februari

Februari/ Mac

Kitaran 2

23 April

30 April

Mei

Mei/ Jun

Kitaran 3

24 Julai

31 Julai

Ogos

Ogos/ September

Kitaran 4

23 Oktober

31 Oktober

November

November/ Disember

 

Pemohon dikehendaki menghantar dua (2) salinan hardcopy permohonan ke PPPI mengikut tarikh akhir penghantaran peringkat UMS sepertimana yang dinyatakan dalam jadual di atas. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan urus setia PPPI di samb. 613803/ 613806/ 613815.

 

Sekian, terima kasih.