Sumbangan Tabung Wakaf Tunai Pendidikan UMS Menerusi BoostApp

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW)

Subjek: Sumbangan Tabung Wakaf Tunai Pendidikan UMS Menerusi BoostApp

 

YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa sumbangan bagi Tabung Wakaf Tunai Pendidikan UMS kini boleh dilakukan menerusi transaksi BoostApp. Kemudahan ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan dalam meningkatkan aktiviti ekonomi digital melalui e-dompet yang menjurus ke arah masyarakat tanpa tunai, serta inovasi yang memudahkan proses dan mempelbagaikan akses kepada para penyumbang, menerusi lima langkah mudah seperti berikut:-

Sebagai makluman, resit rasmi akan diserahkan melalui email sebaik sahaja transaksi wakaf tersebut selesai dilaksanakan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan makluman lanjut, YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi talian 088-320000 (1103) ataupun email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Semoga wakaf tunai yang bakal diberikan akan mendapat ganjaran pahala yang berkekalan yang akan mengalir terus kepada pewakaf untuk selama-lamanya, serta memberikan manfaat khususnya kepada UMS dalam menghasilkan sumber manusia, kepakaran dan ahli profesional yang inovatif, relevan, dan lestari.

Sekian dan terima kasih.