Pembukaan Permohonan Untuk Mendapatkan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2020

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)
Subjek: Pembukaan Permohonan Untuk Mendapatkan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2020

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2020 telah dibuka dan permohonan bolehlah dikemukakan menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (SMPPI), http://ppi.ums.edu.my dengan mengambil perhatian ke atas tarikh-tarikh penting seperti dalam gambarajah di bawah.

Dilampirkan bersama ialah Garis Panduan UMSGreat berserta borang penilaian pembentangan kertas cadangan penyelidikan (proposal defense) untuk diproses di peringkat Fakulti/Pusat/Institut.

Sekian, terima kasih.

Garis Panduan UMSGreat (.pdf)
Borang Penilaian Pembentangan Kertas Cadangan Penyelidikan (proposal defense)(.docx)