Permohonan Sumbangan Iftar (Berbuka Puasa) Sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat Universiti Malaysia Sabah Bagi Tahun 2020M/1441H

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

Subjek:  Permohonan Sumbangan Iftar (Berbuka Puasa) Sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat Universiti Malaysia Sabah Bagi Tahun 2020m/1441h

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Islam UMS (PIUMS) akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Peringkat UMS bagi tahun 2020M/1441H. Pusat Islam UMS akan mengadakan Program Iftar (Berbuka Puasa) untuk pelajar, kakitangan dan orang awam di Masjid UMS. Dianggarkan seramai 1000 jemaah akan menghadiri majlis iftar tersebut pada setiap hari dengan jumlah perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM10,000.00 (RINGGIT MALAYSIA SEPULUH RIBU SAHAJA) sehari.

 

  1. Untuk makluman YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan Pusat Islam akan membuka 300 lot sumbangan bagi jamuan berbuka puasa kepada pelajar, kakitangan dan orang awam [satu lot sumbangan bersamaan dengan RM1,000.00 (RINGGIT MALAYSIA SERIBU SAHAJA)]. Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berdasarkan sumbangan lot tersebut. Pelawaan ini juga terbuka kepada individu yang berminat untuk menyumbang berdasarkan jumlah lot tersebut di atas.

 

  1. Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang dan poster sumbangan iftar untuk rujukan dan tindakan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Ustaz Binik Majuril di talian 088-320000-sambungan 613866/HP: 019-8737704 atau Ustaz Yusri Sumin di talian 088-320000-sambungan 613864/HP: 010-5063481.

 

Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga sumbangan ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. dan digandakan pahala sepanjang bulan Ramadan. Sekian.

 

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” HR. Tirmidzi no. 807, Ibnu Majah no. 1746, dan Ahmad 5/192

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.