Peringatan Kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) Dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) Untuk Membuat Penilaian LNPT Tahun 2019

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia
Subjek: Peringatan Kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) Dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) Untuk Membuat Penilaian LNPT Tahun 2019

YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,     

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02.     Berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, Penilaian Prestasi merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan personel yang penting yang boleh digunakan untuk membantu setiap pegawai meningkatkan prestasi kerja masing-masing.

03.     Selepas PYD melengkapkan borang LNPT masing-masing, semua PPP dan PPK yang telah dilantik seharusnya memulakan proses penilaian bagi melengkapkan proses dalam sistem penilaian prestasi kakitangan. Berikut merupakan ringkasan peranan PPP dan PPK;

Peranan PPP

 

Definisi;

Pegawai Atasan atau Penyelia yang terdekat kepada PYD dan mempunyai hubungan kerja atau yang mengawasi kerjanya.

 

  • PPP hendaklah menetapkan dan menentukan program tindakan dan rancangan kerja bagi bahagian/unit aktiviti dibawah tanggungjawabnya selaras dengan dasar, rancangan dan strategi Jabatan.
  • Hendaklah menetapkan petunjuk prestasi bagi setiap aktiviti/projek.
  • PPP hendaklah menyelia kerja yang dijalankan oleh PYD melalui pengawasan dan bimbingan yang berterusan;
  • PPP hendaklah berbincang dengan PYD mengenai kemajuan kerja di pertengahan tahun dan pada akhir tahun.
  • Dikehendaki membuat penilaian, memberi ulasan dan perakuan yang sesuai serta memaklumkan prestasi setelah membincangkannya dengan PYD.

 

Peranan PPK

 

Definisi;

Pegawai atasan yang terdekat kepada Pegawai PPP dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD.

 

  • PPK hendaklah memastikan PPP berbincang dengan PYD semasa menetapkan SKT.
  • PPK dikehendaki membuat penilaian prestasi PYD selepas PPP membuat penilaiannya.
  • Sekiranya terdapat perbezaan penilaian yang ketara, khususnya yang menyebabkan markah keseluruhan (purata) jatuh ke tahap yang tidak memuaskan (bawah 80%), PPK hendaklah menyatakan alasan perbezaan dan memaklumkan kepada PYD.

 

 

  1.     Sehubungan itu pihak YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, adalah diingatkan untuk melengkapkan proses penilaian tersebut sebelum atau pada 20 Februari 2020. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan pergerakan gaji tahunan PYD tidak akan diproses, PYD tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat, PYD tidak layak pengesahan jawatan, PYD tidak layak dilanjutkan kontrak dan mempengaruhi urusan pencen serta lain-lain berkaitan perkhidmatan PYD.

Segala perhatian dan kerjasama  YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, amatlah diharapkan.