Langkah-Langkah Daftar Kehadiran Smart-Hadir bagi Majlis Amanat Naib Canselor 2020

Subjek : Langkah-Langkah Daftar Kehadiran Smart-Hadir bagi Majlis Amanat Naib Canselor 2020

Pengumuman daripada : Pusat Pengurusan Data dan Maklumat

 

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan digalakkan mendaftar kehadiran menggunakan aplikasi Smart-Hadir UMS pada Majlis Amanat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah pada ketetapan berikut:

  • Tarikh: 20 Februari 2020 (Khamis)
  • Masa: 8.30 Pagi
  • Tempat: Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah

Segala kerjasama serta kehadiran pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.