Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS

Kepada: Kakitangan UMS
Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS
Subjek: Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) bertanggungjawab untuk memaklumkan setiap kakitangan UMS mengenai pernyataan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan terbaharu setelah dikemaskini dan diluluskan oleh pihak berkuasa universiti untuk mengingatkan semua kakitangan iltizam bersama untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat.

Justeru, dimohon semua JFPIB menghantar wakil untuk mengambil poster Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS di Pejabat Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP).

Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.