Kempen Bagi Menggalakkan Sumbangan Ke Tabung Wakaf Tunai Pendidikan UMS Secara Potongan Gaji.

Subjek : Kempen Bagi Menggalakkan Sumbangan Ke Tabung Wakaf Tunai Pendidikan UMS Secara Potongan Gaji

Pengumuman daripada : Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) sedang giat mengadakan kempen bagi menggalakkan warga UMS (yang beragama Islam sahaja) berwakaf ke Tabung Wakaf Tunai Pendidikan UMS secara potongan gaji. Promosi menerusi email ini akan dilakukan secara mail merge bermula Mac 2020 sehinggalah selesai.

Sehubungan itu, sukacita kerjasama YBhg. Datuk / Prof / Dr. / Tuan / Puan untuk memberikan respons (Bersetuju / Tidak Bersetuju / Memerlukan Info) adalah amat diharapkan. Borang kebenaran potongan gaji hanya akan diedarkan kepada kakitangan yang memilih opsyen Bersetuju, dan perlu dilengkapkan secara manual ataupun online untuk tindakan Pusat ini selanjutnya

Sekian, atas perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk / Prof / Dr. / Tuan / Puan bakal berikan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.