Penangguhan Pelaksanaan Program FCI IR4.0 Public Lecture Series 2020

Subjek : Penangguhan Pelaksanaan Program FCI IR4.0 Public Lecture Series 2020

Pengumuman daripada : Fakulti Komputeran & Informatik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
YBhg. Datuk/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan, 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan Fakulti Komputeran & Informatik(FKI) telah memutuskan untuk membuat penangguhan pelaksanaan program FCI IR4.0 Public Lecture Series 2020  yang seterusnya ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

3. Hal ini juga adalah selaras dengan saranan dari Kementerian Kesihatan agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gatthering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku. Pihak FKI memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi berhubung perkara ini.

Sekian untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan.