Pengumuman Daripada: Hospital UMS
Subjek: Penangguhan Operasi Perkhidmatan Poliklinik UMS
Berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan, perkhidmatan Poliklinik UMS akan dihentikan buat sementara waktu. Klinik akan dibuka pada 31 Mac 2020 (Selasa), terhad kepada pesakit yang ingin mendapatkan bekalan ubatan.
Kakitangan atau pelajar yang ingin mendapatkan rawatan, boleh mengunjungi Pusat Rawatan Warga UMS atau hubungi 088-329 054.